Seni bina

Seni bina (Tulisan Jawi: سني بينا) (juga di Indonesia: seni bina, pinjaman Bahasa Belanda: architectuur) merupakan seni dan sains dalam merancang reka bentuk sesebuah bangunan dan struktur lain sebelum membina binaan sebegini. Dalam artian yang lebih luas, bidang ini mencakupi perancangan dan pembangunan keseluruhan lingkungan binaan, mulai dari peringkat makro iaitu perancangan bandar, perancangan perkotaan, seni bina lanskap, hingga ke level mikro iaitu reka-reka bentuk bangunan, perabot dan produk. Seni bina juga merujuk pada hasil-hasil proses perancangan tersebut.